Tuesday, 23 Sep 2014
You are here: Home Arkib Kem Motivasi Pengawas
Kem Motivasi Pengawas PDF Print E-mail
Wednesday, 03 February 2010 12:52

GOMBAK: Lembaga Pengawas Sekolah telah menganjurkan Kem Motivasi Pengawas. Kem ini diadakan di Eka Education Centre, Gombak. Kem yang dianjurkan bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab Pencegahan Janayah ini telah berlangsung dari 29 - 31 Jan 2010. Seramai 79 orang pengawas telah menyertai Kem Motivasi tersebut.

Antara objektif kem tersebut ialah melatih pengawas memahami tanggungjawab seorang pengawas bagi memupuk ciri kepimpinan yang berketerampilan serta dihhormati. Selain itu para pengawas juga dilatih memupuk jati diri yang kental dan semangat kerja bepasukan supaya mampu menyelesaikan masalah tanpa bantuan.

Para pengawas sedang mendengar ceramah yang disampaikan.

Taklimat sebelum menjalankan aktiviti.

Last Updated on Sunday, 07 February 2010 23:25